Our Journey

Daisypath Anniversary tickers

NUR DANIA ALEYSA

Lilypie Fourth Birthday tickers

MUHAMMAD AKID QAIQSH

Lilypie First Birthday tickers

KID BEEN BF WIF MAMA

Lilypie Breastfeeding tickers

Tuesday, December 8, 2009

1 tahun 4 bulan

Gambar ni sesaja ja tepek tak de kene mengena...

Fuh...fuh... aaaccooooo..... huish dah berhabuk n bersawang bonar mama punya blog ni. Nak wat cam ner sibuk + malas nak menaip tu la terperuk ja mama punya blog.. nway welcome back mama selamat berblog di musim cuti sekolah(keja tak banyak). so back to the tajuk la kan...


Archivement dania tuk 1 tahun 4 bulan sangat memberangsangkan (tuk mama la tuk org lain maybe biasa je la.)


1. Dania dah pandai mengira one, two ,tweee(three) sampai situ je la yg lain lum lagik

2. atu, uwa,tiga...

3. A, Bee, Cee, Gee, Gee,n Gee hahahahah

4. Dah pandai nyanyi lagu barney " I U...U.... U...U...U... MAMA U...U.... "(i love u , u love me, pastu dia wat lirik sendiri sal lupa lirik... mama love u hahaha)

5. Kalau nak bagi dia cepat tido kena cakap love u, gud nite n kiss dahi dia so then dia akan wat yg sama cuma lagi wish dia bunyi "u....u " je la...

6. Dania dah mengkurangkan diri minum menggunakan botol , cuma malam ja guma botol susu which mean mesti akan benti menggunakan botol susu cepat, tinggal shooting ja lagi susah kalau tak da mau jerit pecah rumah... huhuhu

7. Yang lain semakin banyak bebel but still in bby talk tak berapa nak paham...


Sunday, November 8, 2009

Bila En. Suami Fanatik

En. Suami ngan kawan "kesenegerian"semangat nak g tengok bola di stadium.
Setahu mama en suami memang tak minat bersukan. MAin bola jauh sekali la. Mungkin semangat kenegerian tu membuak lam diri en suami kan so ini lah yang terjadi. Sanggup amik cuti n bagun pepagi g beratur nak beli tiket dari kul 8 pagi sampai kul 2 petang alih2 sampai turn en suami je tiket habis dijual dek gara2 ulat tiket yang bermaharajalela. So dah gaduh ngan penjual tiket... ish..ish tahu la negeri red warrior tapi tak kan sampai penjuan tiket pun nak WAR jugak kan... diorang menjalankan tugas menjual tiket so siapa nak beli diorang jual la kan.... So dengan hati begelodak en suami pulang ke rumah.
Cam ner en suami leh masuk stadium walaupun tiket tak dapat beli? mushkil.... jgn ingat en suami jadi pendatang tanpa izin lak lam stadium tu... dia dapat tiket dari abg dia yg berkerier sebagai coach bola sepak for sure la ada kabel dapat tiket free... So hati pun sedikit sejuk...
Hari ni en suami kehilangan suara gara-gara menjerit tak hingat masa tengok bola di stadium bukit jalil semalam n sekali lagi balik lam keadaan hampa sal pasukan kesayangan(negeri kesayangan) kalah...Mama lak.... For sure la kutuk en suami kalau jenis yang tak tahan telinga mau perang besar kes bola... boleh dikatakan bernanah ler telinga kene kutuk dek mama tak cukup cakap phone, sms lagik benanah mata lak baca sms mama. huhuhuhuh nasib en suami la kan.

Monday, November 2, 2009

DANIA AKHIR2 NI....


dania baru bagun tido terus menconteng
Ni la keja dania akhir-akhir ni menconteng. Sejak en suami belikan mende conteng-conteng ni asal bagun tido je nak menconteng.."ma nia nak cil"(dania nak pencil). Nasib la kalau pas ni dania mengkreatifkan ke dinding2 umah uwan. So kene alert la dengan pen2 dan pencil2 or anything yg boleh dania mengkreatifkan diri. huhuhu.

Archivement dania setakat hari ni

1. Dania kalau baca buku mesti tanya "ni apa" setiap page yang dia buka so mama, uwan or mak tok kena la bercerita/ explain kat dia. Kadang2 tu sampai hilang jugak ler kesabaran sal dia akan ulang "ni apa" 2, 3 kali satu page. So kalau mama yg menjadi mangsa explaination tuk dania mama akan alih kan ke page seterusnya. heheheh...

2. Dania dah tak nak panggil mama.. huhu mentang2 ayah melayan dia tahap best asik2 panggi aaayyyaahhh... sampaikan uwan pun panggil ayah cam no citer nieh. Dania...dania...

3. Dah boleh/pandai berlari, main bola,sedih, manja, rindu, makan nugget, hot dog, nasik lomak,keropok, kerepek,buah-buahan(fav buah plum) n yang paling dia suka kek. Tapi choclate indulgance SR punya jer.. (memilih tuk anak mama nieh)

4. Dania dah faham apa yang org cakap n suruh dia buat. Mama slalu tanya dania " budak manja mana angkat tangan" dania akan ankgat tangan dia.

5. Dania dah kenal n tahu kegunaan HP, remote tv/astro, game, ball, nail clipper, bedak, collogne,

Rasanya banyak lagi tapi mama dah tak leh nak fikir dah pe dia wat sehari2. Bagi mama dia dah perfect n cepat gak la improvement dania.

Sunday, October 25, 2009

Hasilnya

Inilah hasilnya bila Cik Nur Dania Aleysa dapat hp mama. Ooopps bukan bergayut tapi bergambar, sal selalu dania tengok mama kuar hp tuk bergambar bukan tuk cakap(mostly bergambar lew sal digi cam. mama rosak dikerjakan dania)


kaki sapa la nih...

muka senget dania amik gambar sendiri, tiru perangai meroyan mama amik gambar sendiri

mama nak enterframe gak tapi malang dapat tangan jer...

Ni la keje anak mama sejak dua menjak ni pantang dapat fon habis dikerjakan, sampai ke kipas angin, karpet, kaki sendiri pun nak diabadikan lam hp mama tuh. Nak wat cam ner asyik tengok mama je bergambar kan. Dania pun nak tunjuk skill jugak hahaha...

Santai Hujung Minggu

Jumaat ri tu mama tak bawak dania g mana2 sal mama kene g opis. Sian dania dah la seminggu dok umah mama keje, weekend pun kena tinggal lagik. So mama pun mengoffer en uwan n puan maktok bawak dania jenjalan mama lanja... huhuu dahla kegawatan pastu tak leh spend time ngan dania sian anak mama.. sooowyyyy. So trip diorang ke carefour Seberang Jaya.
Tempat fav. dania bila sampai shoping complex.
Huhuhu sedey takleh temankan dania. Gambar ni ikhsan hp along yg sibuk gak nak ngikot uwan n maktok jenjalan bawak dania. At least dapat mama upload gambar dania having fun hujung minggu walaupun mama tak leh nak temankan. Hope ur enjoy urself sayang.

Tuesday, October 20, 2009

Tangan Siapakah Ituew???

Huish.. gerangan tangan siapakah ini? huhu ni projek mama yg tak habis2 nak mem"perempuan"kan anak perempuan mama sorang nih. Gelang ni sebenarnya ayah dania belikan masa dania baru lahir. Masa lahir gelang tangan ni dipakai d kaki dania sal longgar nak pakaikan di tangan, lagipun cik dania ni suka menggosok mukanya. So khuatiri muka dania akan calar balar so mama pun pakaikan lah di kaki.
Oleh kerana mama nak seang berusaha mem"perempuan"kan cik nur dania ni. Mama korek la semula kotak harta karun mama yang tak seberapa tu. Kuarkan balik barang-barang cik dania ni. Memula mama pakaikan dania rantai leher yang dibeli oleh uwan n maktok dania tapi tak bertahan lama sal putus di tengah jalan.. (huhu tak sampai 10 minit pun pakai). Sudahnya mama kena marah ngan en suami sal pakaikan dania rantai leher tu(bahaya kononnya sal k=leher dania luka akibat dirinya sendiri) SEDEY... Pastu mama cuba lak gelang tangan tu cakap ngan en. suami kalau tak muat mama nak g beli baru samething tuk dania pakai since dia dah besar ni. En suami meniyakan. Lagilah bertambah gumbira hati mama leh mama tumpang2 yg berkenan di hati, tapi ku sangka cerah hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari huhuhu. Dania muat pakai gelang tangan yg dibeli oleh en suami masa dia baby dulu so en suami tersenyum kambing lew selamat duit dia...Sopan tak anak mama dok bersimpuh lagi. Jenuh gak ler nak suh dia dok bersimpuh, nasib baik la ada iklan Tom..Tom...Bak... so sepantas kilat mama adjust2 dia dok bersimpuh n cepat2 snap pic dania. Kalau tak jenuh lak nak berebut lak HP mama ni sal dania kalau mama kuarkan phone dia pun sibuk mengalahkan business women bercakap phone sorang2 konon2nya berlakon bersembang dengan org dengan mengayakan watak seorang yang sanat sibuk menjawab panggilan hehehehe.



Monday, October 19, 2009

Sudah Jatuh Bukan Lagi Ditimpa DiHEMPAP TERUS.....

Cam gempak je kan tajuk post mama ni kan.. Mau tak gempak semalam adalah hari yg paling malang buat mama. Dah la Celebrating birthday sorang2(en suami last minute tak jadi balik sal ada proposal tak siap) kereta en suami yang ditingglakan kepada mama(konon2nya memudahkan mama g keje) rosak buat kedua kalinya... ikutkan kereta tu memang dah layak timbang kilo since tempat keje mama ngan umh teramatlah jauhnya(15 minit je kalau jalan kaki so LU PIKIR LA SENDIRI KALAU NAIK KETE KAN) so tk kisah la bawak keta en suami tu.. Tapi sejak dua menjak ni menjadik2 lak penyakit dia tu. Ikutkan hati mau mama timbang kilo je kat kedai besi terpakai (kedai besi buruk)
Konon2nya semalam nak la balik awal ke umah sal nak wat makan2 sket sempena bestday mama, alih2 keta tu jam tak leh start sampai alarm pun tak leh so nak buat cam ner nak masuk keta pun tak leh. Mama wat manual dah menjerit2 lak keta. 10 minit gak ler mama godek2 nak senyapkan dia. Dah senyap keta lak tak leh start hish macam2 betul dugaan mama semalam rasa cam give up jer..
Then mama call en papa dia tak answers so mama meng"gagah" kan diri jalan2 cari pomen tuk tengokkan kete tu(jalan kaki tau) sib baik la dekat je ngan sekolah mama. Dah dapat cari pomen en papa call then bagitahu dia keta rosak.

keta hijo tu la keta en suami bekalkan tuk senang mama ke skool

en. papa ngan memantau en pomen bikin kerjak

sungguh malang diriku ini.. Sudah Jatuh dihempap keta. huhuhuhuh

Sunday, October 18, 2009

Celebrating My Bestdayz Alone

Huhu.... waaaaa... sedey ar ri.. Mulanya en suami berjanji akan pulang so dah berbunga la hati mama leh la mengketuk something from en. suami for my birthday(dah terbayang2 dah iPod Phone) Last2 tak jadik balik sal ada proposal yg perlu disubmit urgently n en. suami lak lum siapkan lagi so terpaksa bekerja weekend huhuhu.
So mama pun sambutla birthday mama sorg2 kat opis yang tengah bercuti sekolah sekarang ni.. Tak ke sorg2 tu namanya.... Sedey... Tapi ada satu benda yang dapat menghilangkan sedey mama ni
laksa penang yang my mom wat kan for my bestday
ps: masa makan memang la hilang sedey jp.pas dah kenyang sambung la balik kesedihan ku ini

Thursday, October 15, 2009

Acara Memperempuankan NUR DANIA ALEYSA PART II

Part 1 ari tu ada sedikit kejayaan but still lagi tak nampak cam perempuan bak kata dek last comment ri tu, so mama pun merajinkan diri kuarkan sume baju2 yang berunsur gurl power kat dania. Baju2 yang berunsuk casual2 sume mama dah simpan so start from now dania hanya akan wear gurl dress.. huhuhu...

Balik keje semalam dania sibuk nak pakai tudung mama, so mama pun pakaikan la tudung kat dia dan ini hasilnya


tak proper sangat sal sibuk nak tarik bukak tudung tuh. yg ni k sket setela di adjust2

Camner untie dek dania look cam perempuan tak? hehehe. So pas puas main ngan tudung mama, mama mandikan dania sal nak kuar makan along belanja hoorey...

mama men'wear'kan dania gaun n hair band so mesti tak dak org tanya mama dania boy ir gurl.









Wednesday, October 14, 2009

NUR DANIA ALEYSA MOHD ZAIDI

As for now dania dah banyak gak ler archivement dia tuh. Antaranya :

1. Dania dah pandai wat sentences " ma ania nk ngok b" whichmean dania nat tengok tv sambil tunjuk2 kat tv.

2. Suka sangat joget sampai terhuyung hayang (fanatik kalau dengar lagu tom tom bak or macam2 macam aznil) kalau dulu joget hanya sekadar goyang tangan n bontot jer sekarang sampai head bagging n lompat2. Kadang-kadang oleh kerana ketidakstabilan masa melakukan aksi berjoget sampai tersembam pun ada hehehe(cian anak mama)

3. Dah pandai merajuk, marah or tunjuk perasaan. Yang selalu jadi mangsa mama la. Sal mama selalu suka menyakat dania so dapat la habuan dari dania. Kreativiti di muka or dimana2 yang berkesempatan. Yang terbaru hasil kreativiti dania kepada mama kt bawah mata mama. Dia telah mencakar mama pasal mama cium2 dia. hahaha dapat satu.

4. Suka makan kentang n roti canai(so melayu) so setiap hari menu mak tok tuk dania adalah ubi kentang. Pagi ssarapan dania ubi kentang bakar letak mayo, ngah hari lak sup ubi kentang, n dinner ubi kentang KFC sal mama malas nak masak so mama tapau je dari KFC.

5. Dania pun dah pandai pangil mak tok, uwan(so dah tak panggil bah lagi kat papa), yong(along),cicak, fish, kokeoookkk(for ayam sal dia dengar ayam berkokok so that was the panggilan for ayam hahah funny kan)

6. Dania suka baca buku, dari perhatian mama dania kalau jumpa buku or pa per bahan bacaan dia akan duduk dgn sebaik-baik manusia yang ada dimuka bumi(nampak sangat anak perempuan mama ni ganaz) so mama akan tambahkan lagi bahan bacaan dania di masa akan datang.

7. Dania dah kenal n tahu tangan, kaki, telinga, gigi (sambil kuarkan lidah soo comfius),mata (penah tercocok mata sekali sal excited nak tunjuk mata dia kat mama)amphit(tul ke ejaan mama nih ) dania akan angkat tangan dia n suh sesiapa jadi mangsa cium ketiak dia. so jgn tanya mana amphit dania kalau jumpa dia.

8. She also know bird, tapi dia tunjuk kat bawah sal depan umah ada segerombolan burung yg suka berjalan tak terbang. Dah pandai flying kiss, babai (almost sume org dia nak babai), bit, babap, mamam, cucu (for susu).
Macam banyak lagi perangai dania ni since dia mencecah setaun lebey ni tapi dah lupa sal dah banyak yg dia dah leh wat. dari baring, meniarap, merangkak n berjalan.... n now membebel habis sume org akan kene bebel. Nak nak lagi bila ayah tepon, sometime terpikir gak pe la yg dania bebelkan sal mama n ayah tak faham. Kalau mama or ayh faham pbebelan dania, akan mama n ayah penuhi setakat yg termampu.

Anyway dania buat mama sangat bahagia n bertuah having dania. No matter what dania alwaiz be mama punya baby. I LOVE U SO MUCCHHH....

Monday, October 12, 2009

Garangnyer....

Waaa.... garangnye anak mama ni, tak tahu la ikot perangai siapa? Kengkawan mama cakap perangai dani tu ikot perangai mama, iye ke? Mama garang ke? mana ada mama la paling friendly rasa2nya la(perasan sket).Pepagi tadi mama lewat bagun n automaticly la mama akan lambat ke sekolah so alang2 dah lambat mama pun layan la dania dulu(jahat nih ngulat je keje).
Dania dah semakin susah nak bergambar sekarang.Asal nampak mama kuarkan fon jer nak rampas cam ner nak amik gambar. Pagi tadi mama marah dia sal mama nak amik gambar, dia lak asyik nak amik fon mama. So ni la hasil gambar yag dapat selepas dania dimarah mama(marah manja).
Huhu.. ni la hasil gambar pagi tadi. Garang tak muka anak perempuan mama ni... Dah langsung tak nampak perempuan dah. Marah mama sal paksa dia bergambar pepagi.

Sunday, October 11, 2009

Mission Berjaya

Ingat tak mission mama nak "memperempuankan" lil princess mama tu. Akhirnya berjaya cuti jumaat lepas mama kuar ngan maktok dania tuk beli kelengkapan untuk "memperempuankan" anak perempuan mama yang tk berapa perempuan tu. Kenapa mama kata dia tak mcm perempuan? Sal selalu kalau jumpe sesapa mesti org tanya laki ke perempuan sal kompius muka cam laki but wear pink color heheh, kalau g department baby lak mesti promoter dengan rasa tak bersalah n confidentnye suh g ke department bby boy cam ner? Adakan anak perempuan mama ni tak nampak cam perempuan? So untuk "memperempuankan" Cik Nur Dania Aleysa mama ni.. mama pun kuar la mensurvey n ini hasilnyahair band n hair clip tuk lil mommy princess

pink shoe from anakku
.


.


.


and the result........taaa....daaaa....

Ada la perubahan sket kan. Walaupun tak "seperempuan" mana tapi mama sangat berpuas hati sal dah tak ada lagi yg bertanya laki ker perempuan kat mama. Dah memang sah2 perempuan kalau dah berhair band n berkasut pink kan.hahahaha Mission berjaya...













Thursday, October 8, 2009

TOM TOM BAAKK.....

Actually dania dah rancangan ni since dia umo 8 bulan lagi. Kalau ada iklan or rancangan tom tom bak dia dia mesti melekat je depan tv tuh. Tapi kalau tak de uncle aznil dia tak tengok pun (dania minat uncle aznil sebenarnya). hehehe..
Hari ni pagi2 lagi dania dah bagun. Cam biasa ler mama mesti kene kejut kalau dia bagun dulu dari mama. Ma... ma sambil tunjuk2 kat pintu nak kuar la tu jawabnya. Mama bagtau dania malam lagi sal kat luar still gelap leh la tipu dia kono2nya still malam hua..hua... konon2 nya mama leh la terlelap 5, 10 minit lagi. Tapi tiba2 je dania say ma... ma... om om bak (sambil tunjuk kat luar) mama still tak faham but layan je la kan. Bawak dania g depan dah dia suh bukak tv lak pepagi mana ada org layan tv. Dania...dania... kebetulan mama bukak tv adalak rancangan tom tom bak dania terus gelak n sebut om om baakkk.... sambil wat tangan ikut cam aznil lam tom tom bak. Waa... dah pandai anak mama ni. (berbunge rasa hati ini)
So pagi ni mama layan je dania tengok tv seawal 5.30 pagi sampai la pukul 7 then mama bersiap tuk g opis.

Wednesday, October 7, 2009

DANIA ngan PERANGAI 1 TAHUN 3 BULANnyer...

Dengar tajuk pun dah leh terpikir pe la budak notty ni wat kan..



Ni la keja dania sekarang tak leh berenggang ngan topi. Topi ni topi uwan dania punya. sekarang ni kalau bagun tido jer terus pakai topi tak tahu la apa nak jadik dah menurun perangai en suami la ni tak leh berenggang ngan topi. Kalau dulu jgn kata topi nak letak sepit rambut pun jenuh berperang udahya mama give up. Alih2 sekarang nak pakai topi lak. nanti mama nak cuba pakaikan dania hair band ke sepit rambut ker baru la nampak mcm DANIA ALEYSA hehehe.Topi horen ni mama beli kat Alamanda kalau tak silap mama la. Mama rewang2 ngan cik jas, cik ada n cik nik ( iye ke?). Masa beli topi ni dania baru umur 3 or 4 bulan la. En suami memang suka la mama beli topi tu sal warna horen tu warna kegemaran en suami. Memandangkan dania suka pakai topi uwan mam berusaha la mencari topi horen ni semula sal dah tak tahu kat mana mama simpan. Jenuh mencari dan hasilnya dania dah tak rembat topi uwan. sekarang dania ngan topi horen 24 jam sampaikan nak salin pampers pun topi stillm elekat di kepala. dania....dania.... mcm perangai.

Ngantuknye

Waaa.... ngantuknyer ri ni. Semalam tak dapat tido yang bes sal first papa tak sihat(uwan dania). ngan sedap melayan KFC yg long beli tup...tup kedebammmm.... sekali papa jatuh ke lantai daa... actually papa ada low blood presure n salah sorang pengikut dia mama la. Mama dapat low blood presure pun dari papa (uwan dania). Muka dah tersembab ke lantai..terus dia sound kitorng siapa tumbuk dia. (papa cam lost sekejap ingatan) . then mama pun bgtahu yg papa tadi tetiba je pengsan then muka tersembab ke lantai. Hari ni nampak ok la sikit. But still tak nak g hspital biasa la bila dah berumur ni kan (cam ne lak laaa nasib kita pas ni kan hrmmmm).

Tuesday, October 6, 2009

MENCONTENG-CONTENG

Alkisahnyer balik kl nak jengah kawan yg eksiden.. tapi memandangkan yg eksiden tu dah kuar merewang kemana-mana tak mama mengambil peluang ler berjalan2 bersama kengkawan. Pagi2 mama da h setankan kawan mama yg keje opis lama mama dulu..cik ada(dah nak jadik puan dah hujung tahun ni) n cik jas.
Mulanya cik jas ni la mama setankan dia suh cuti hari jumaat memandangkan mama dah nak balik kedah hari sabtu pagi. Jas ok jer kawan punya pasal ok je la erk cik jas erk... pastu malam sket mama hantukan cik ada lak dia cuti dah ko simpan nak cuti kawen n honeymoon la katakan.. tak pe leh dimaafkan but then cik ada kata tak leh cuti sal MC tak der(wah komplot beli mc erk cik ada...) :) Yg sorang lagi lak kawan mama yg eksiden tu sure la dia tak leh kuar kan kata lagi eksiden so geng mama cam tak cukup nak rewang2..
So keesokan harinya setelah puas mama fikir cik jas bagi idea(ko ke yg bg idea kat aku jas) mama g kidnap cik ada kat opis. Mama suh dia balik hlfday heheheh BEJAYA..
So kami bertiga pun pergi beronggeng dengan jayanya tanpa rasa bersalah mama mensetankan kengkawan2 mama tuh..
Kami ke mana? huh jalan TAR menghabiskan duit En. Suami bagi kat mama walaupun tak seberapa but cukup untuk membeli tudung kat jalan TAR 3 helai heheheh.. Ma cih B nanti kasi lagi erk.


First thing yg kitorg buat sampai je jalan TAR :


.


.


.


.


.
Taadaaa ni lah hasilnya.. conteng-conteng tangan sedunia.Lima ringgit sebelah tangan tapi yang simple2 je la. Kalau corak yang crowded mahal depend on corak la kot. Siap je mama n kengkawan menconteng aktiviti mensoping di teruskan. Mama sibuk mencari tudung cik jas mencari bahan tuk kenduri kawen cik nik(kawan yg eksiden tu) n cik ada lak sibuk mencari barang kawen dia. Penat? sangat penat tapi soping punya pasal mama gagahkan juga. Hari tu memang best sal mama dah lama tak jalan ngan kengkawan mama cam tu. Last mama jalan2 ngan diorang masa mama nak beli barang barang menyambut kelahiran Nur Dania Aleysa..

Sunday, September 13, 2009

TRAJEDI BERBUKA PUASA

Semalam konon2nya tujuan kuar ngan Mr. Hubby nak beli tudung alih2 benda lain lak yang jadi... memula g penang pastu cari punya cari tudung tak de yang berkenan.. then Mr. Hubby tertengok parfume... Sudahnya Mr. Hubby akan beraya dengan parfume baru.. Tak pe la janji bahagia... huhuhu duit i jugak yg lebuh...
Then puas dah berjana seharia otw balik mr hubby mensarankan untuk berbuka puasa di luar belanja i la konon2 sal i dah belikan dia parfume. So kitorang ke Jusco bandar perda boking kat Jhonney (tul ke ejaan ni erk) tk kisah la.. back to the story kitorang order Thai Fried Bee Hoon, NAsi Goreng Belacan, Steamboat for 2, Ice Lemon Tea, Orenge Jus n Pineapple Jus..
So manpak cam ok je kan makanan yg kami order rite.... So cam ne Mr Hubbyleh tercekik tulang ni yang kompius ni... rasanya menu2 tadi tu tak dek pun yang bersangkutan ngan tulangkan... mushkil... saya pun dengan rasa hairannyer mengkorek sumer makanan yang bersangkutan ngan tulang.. cam tak de yg Mr Hubby lak tk henti2 maki manager tu sal preparation makanan tak bersih.
At last taaadaaa... saya telah dapat membuktikan penyediaan makanan tu memang tak bersih ke apa pun tak tau nak cakap sal ada selonggok tulang halus2 dalam danging ayam...
lagi kompiuskan... cam ne leh ada tulang lam daging ayam... tulang tu cam tulang ikan pun ada.. or memamg ayam ada tulang seperti ikan?
OTW balik umh singgah klinik dr kt tulang tu dah tak da cuma ada lukan pada tekak Mr Hubby... Sian Mr hubby hasrat nak berbuka luar bertukar menajadi trajedi sakit tekak...

Thursday, September 10, 2009

BEGINNING



Taaaa....daaaa... NUR DANIA ALEYSA... ni la permata hati iiii..... this pic was taken the day she waz born...

She was born on 06.08.2008 (WED). Ikutkan due date DANIA ni 18.8.2008 cantik gak le number.. pastu Kengkawan KAt Opis Sume CAkap selalunya anak sulung ni akan besalin awal.... nak.. nak lak mama DANIA ni terkenal ngan KEAAKTIFANNYA... (aktif jalan sal opis dekat ngan ALAMANDA).. then umah lak nun jauh di kayangan...(umah tingkat 5 da... tak de lift) so lagi kuat la fakta yg DANIA akan welcome to The World Cepat.... hehehhe... ada kebenarannya.... cuba bandingkan DANIA born ngan tarikh due.. tak ke cepat tu.... actually mama DANIA bercita2 nak salinkan DANIA 08.08.2008... cam Best JE numbers tu sal mama DANIA suka sangat no 8.... tapi KITA HANYA MERANCANG TUHAN YG MENENTUKAN.... (tazkirah petang)

Ok The story began... on the 06.08.2008 actually tak sakit pun Cuma ada sumting yg tak menyenangkan hati.. AL-MaKlum la... ANAk SULUNG kan Tk De Pengalaman... So Pagi on the sixth tu cakap kat MR. Husband kita g HosPital Dulu Baru hanTAr Ma g KEje Tau... then Mr HUBBY pun ok jer la... sampai Je Hospital SerdanG... g cek then Skali Dr suh salin pakai unform PINK... jeng...jeng... masa tuk DANIA SEE THE WORLD... after change my office wear to PINK Uniform kuar to IMform Mr Hubby.. Aik bukan due awak LAmbat LAgi kE.... sib baik la beg pakaian DANIA nMAMA dah ada lam keta... so kul 8.30 mama DANIA dah Ditolak ke labour room..

Dalam Labour ROOM punya citer lak.... (panjang lak kisah Dania nak kuar tengok dunai ni kan) so be patient k read slowly... lam labOur RooM ni Mr Hubby tunggu la... sembang2 n Mr Hubby Terseludup Fon so LEh la GAyut ngan opismate dulu sementara lum rasa sakit nak bersalin... org pertama mama DANIA col Untie JAS.... sembang2 ngan dia then baru Tingat LUm tepon MY mOM YET..(mak tok DANIA) then col her tell her that i dah ada lam labour room... But not Pain yet.... Puas Gayut Sana sini... pun tak sakit2 lagi... Mula2 Nurse datang cek... then DR lak datang .. dah dekap separuh hari tak jugak salin2 lagi.... Pakar LAk take Turn sal LA mak Buyung Sorang Ni tk bersalin2 lagi kan.... so diorg pun INDUCE la.... dari pAgi kul 8.30 sampai la kul 5.10 minit petang baru LA DANIA kuar tengok Dunia.. Actually tengok bumbung labour room HOSPITAL SERDANG.... hehehhehe.....

AT LAST.... BERJAYA

Berjaya jugak akhirnya nak berblogging... ni berkat usaha n suka membaca blog2 kengkawan... dapat jugak berblog ni..terasa moden sekejep... dah lama nak mengusahakan blog ni cuma tak berkesepatan jer... hr ni yes..yes.. BERJAYA... kesnya malan nak wat keja yang belambak2 atas meja sejak seminggu lalu... tambah2 mood raya dah semakin kencah melanda.. lagi la bertambah la urat2 yangmembengkak(urat baloq kata org kedah)... so godek punya godek akhir ini lah hasil nya......

So bermula kisah MamA DaNiA AdVenTure.... (still learning ni... )so my b blog ni akan ada cacat cela sket la... sementara nak pandai berblog...